Tuesday, October 5, 2010 | By: Nak Story Skit

Rancangan realiti patut ade..

Dah lame aku jumpe bende ni..
Just baru nak kongsi...

ReALiTy TV....................
1. Who will become an Ustaz

Reality show yang menampilkan peserta 12 lelaki
yang akan bersaing untuk menjadi seorang Ustaz.
Mereka akan ditempatkan disebuah madrasah dan
akan diuji ketahanan dari segi membaca alquran,
menunaikan sembahyang wajib, menunaikan
sembahyang sunat, azan dan lain lain... Setiap
minggu akan di akan pertandingan memberi
tazkirah di hadapan penonton yang juga akan disiarkan
live dikaca Televison.. Peserta akan dinilai oleh juri profesional (30%)
dan sms penonton (70%) pemenang akan mendapat pakej haji percuma.


2. Akademi Islamiah Reality

show yang mengambil 12 budak budak
yang telah sesat dan rosak akhlaknya.. Mereka akan
ditempatkan di sebuah banglo, dan akan diajar
cara hidup islam. Setiap minggu mereka harus
menunjukan apakan kepakaran dalam islam yang
telah mereka pelajari, dihadapan penonton secara
live. SMS penonton akan menentukan peserta yang
layak untuk menang (pilih berdasarkan taraf
keinsafan mereka). Mereka menangis kerana
menginsafi dosa lalu mereka. Mereka
akan 'dikurung' dan dipacakkan dengan 13 kamera
CCTV.


3. Muslim Idol

Reality show untuk mencari penceramah Islam
terbaik di malaysia. Peserta yang dapat memberi
ceramah yang mengusik jiwa penonton akan mara
keperingkat seterusnya hingga ke akhir. Peserta
diadili oleh penonton melalui sms. Pemenang akan
mendapat peluang merakamkan lagu nasyid dan juda
CD ceramahnya.


4. Bintang RTM (Remaja Tahu Mengaji)

Sebuah lagi program dari stesen kerajaan Islam
Hadhari kita iaitu berbentuk program tahu mengaji. Peserta diajar
cara membaca secara tartil,bertajwid dengan betul,menghafaz Quran
dan berlagu. Peserta yang berjaya akan mendapat
cahaya nur Quran.


5. Audition

Rancangan ini berbentuk audition untuk
meneruskan pengajian dalam bidang agama samada
IPT dalam negeri atau pun luar negeri. Tajaan
akan diberikan kepada yang berjaya. Syarat layak
masuk kepada semua yang cintakan Islam dan para
pendokong Islam.

0 comments:

Post a Comment